Makro & RPH

SESI : MAKRO PENGAJARAN


***********************************************************************************
Set Induksi


Set Induksi & Langkah 1


Langkah 1






Langkah 2


Langkah 3


Langkah 3 - Penilaian


Penutup



Rancangan Pengajaran Harian ( RPH )

 
Matapelajaran                    : Pendidkan Islam

Masa                                    : 30 minit


Tajuk                                    : Adab Menghidang Makanan dan Minuman


Fokus                                  : Pemikiran       - Perlu beradab semasa
                                                                            menghidang makanan
                                                                            dan minuman
                                                                          
                                              : Amalan           - Murid mengetahui cara 
                                                                           menghidang 
                                                                           makanan dan minuman.
                                              : Penghayatan - Murid dapat melaksananakan 
                                                                           cara menghidangkan 
                                                                           makanan dan minuman.

Kaedah                               : a. Simulasi
                                                b. Sumbangsaran
                                                c. Tunjuk cara
                                                d. Penerangan
                                                e. Bersoal jawab
                                                f.  Aktiviti penilaian/pengukuhan   

Pengetahuan Sedia Ada: 1. Murid pernah dihidangkan 
                                                    makanan dan minuman .
                                                2. Murid pernah menghidang
                                                    makanan dan minuman.
                                                3. Murid mengetahui asas
                                                    menghidang makanan dan 
                                                    minuman.

Bahan Bantu Mengajar  : a. Gambar
                                                b. Peralatan menghidang
                                                c. Carta adab-adab menghidang.

Hasil  Pengajaran             : Aras 1 - Menyatakan kelengkapan yang perlu 
dan pembelajaran                             disediakan untuk menghidang.
                                                Aras 2 - Murid boleh menyebut adab-adab
                                                               menghidang makanan dan minuman
                                                Aras 3 - Murid boleh mengamalkan adab
                                                               menghidang makanan yang betul.
                                                   
Nilai Murni                           : Sentiasa mengamalkan adab dan kebersihan.

Langkah/Masa
Isi Kandungan
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi 
(3 minit)



















                                  
1. Menunjukkan sebiji  dulang 

Soalan: Apakah benda ini ?
Jawapan: Dulang
Soalan : Apakah kegunaan dulang?
Jawapan: Untuk menghidang makanan dan minuman.
2. Gambar orang menghidang makanan dan minuman 



 
Contoh soalan :
Guru  :  Apakah yang kamu lihat dalam gambar ?
Murid : Orang sedang menghidang makanan.

Guru mengaitkan dengan isi pengajaran


          1. Guru dan murid membaca doa penerang hati.
        2. Guru menunjukkan sebiji  dulang kepada murid dan bersoal jawab dengan murid.

      3.  Guru memaparkan gambar orang sedang menghidang makanan dan menikmati hidangan dan bersoal jawab dengan murid.
     
4.  Guru mengaitkan dengan isi pengajaran

Kemahiran berfikir:
Reflektif
Teknik:
Sumbangsaran dan soal jawab
BBM:
Bahan maujud (dulang) 
Gambar Slaid
Langkah 1
(6 minit)
Definisi Menghidang dan alatan menghidang

 
     1.    Guru menerangkan maksud menghidang makanan
dan minuman dan adab-adab menghidang makanan dan minuman yang dianjurkan oleh Islam.
( Petikan dari buku teks )
   
     2.    Guru Meminta seorang murid menunjukkan cara menghidang makanan dan minuman kepada tetamu.

2.    Guru menunjukkan alatan yang diperlukan untuk menghidang makanan dan minuman.( Bahan maujud / slaid)


Teknik:
Soal Jawab
Penerangan
BBM:
Buku Teks
Bahan maujud (pinggan,cawan,sudu dulang dll)
LCD




Langkah 2
(8 minit)
Adab-adab menghidang makanan dan minuman

1.    Berpakaian bersih dan menutup aurat.
2.    Menyegerakan penyediaan makanan
3.    Menyediakan makanan yang terbaik.
4.    Menyediakan makanan dan minuman yang mencukupi.
5.    Tidak mengangkat makanan dan minuman sehingga selesai makan.
6.    Sentiasa ceria dan bermanis muka ketika menghidang.

1. Guru mempamerkan slaid adab-adab ketika menghidang makanan dan minuman yang dianjurkan oleh Islam

      2.    Guru membaca dan murid ikut bacaan guru satu persatu.
3. Guru meminta murid menunjukkan cara yang betul semasa menghidang makanan.

BBM : Slaid LCD
Langkah 3
(10 minit)

Penilaian :
Lembaran kerja




     1.  Murid diminta untuk memilih peralatan yang sesuai untuk menghidang dan warnakan.
      ( lembaran 1- individu)
   
2. Guru dan murid berbincang tantang jawapan.

            3.Guru meminta sekali lagi murid menunjukkan cara dan adab menghidang yang telah mereka pelajari.

BBM :            Lembaran Kerja








Penutup
(3 minit)
Rumusan dan
Refleksi
* Islam menitik
beratkan aspek
adab ketika menghidang makanan kepada tetamu.
* Menjaga adab ketika menghidang penting demi menjaga hati tetamu dan mengeratkan silaturahim
* Menjaga adab-adab menghidang makanan dapat memupuk sikap kasih sayang dan hormat menghormati.

     1.    Guru meminta murid menyebutkan semula adab-adab menghidang yang betul.

2. Guru membuat kesimpulan
bahawa Islam menekankan
soal adab dan hubungkait
kepentingan mengamalkan adab ketika mengidang makanan kepada tetamu.

BBM : Slaid 

Nilai:
Kesedaran kendiri


NOTA UNTUK BACAAN

Adab Ketika Menghidang Makan Dan Minuman
  1. Mengelap pinggan mangkuk sebelum digunakan
  2. Menggunakan pinggan mangkuk yang berkeadaan baik dan bersih
  3. Menyusun hidangan dengan kemas
  4. Menyediakan hidangan yang cukup
  5. Menyediakan keperluan yang cukup seperti air basuh tangan, tuala atau tisu
Adab Orang Yang Menghidang Makanan Dan Minuman
  1. Menutup aurat
  2. Menyegerakan penyediaan makanan
  3. Menyediakan makanan yang terbaik
  4. Menyediakan makanan yang mencukupi
  5. Tidak mengangkat makanan sehingga selesai makan
  6. Sentiasa ceria semasa menghidang makanan
Faedah Menghidang Makanan Dan Minuman
  1. Dirahmati Allah
  2. Dipandang mulia dan disayangi
  3. Dihindarkan penyakit
  4. Ketenteraman hidup
  5. Kemas dan teratur
Akibat Tidak Menghidang Makanan Dan Minuman Menurut Syariat Islam
  1. Menjatuhkan maruah
  2. Dipandang rendah dan dibenci
  3. Mendapat penyakit
  4. Kehidupan tidak terurus
  5. Tidak berdisiplin 

Firman Allah Ta’ala telah mengingatkan :

“ Makanlah dari makanan yang baik, dan kerjakanlah amalan-amalan yang soleh.” 
( al-Mu’minun: 51)

Cara menghidang makanan di rumah :
- menghulurkan makanan dan minuman dengan kedua belah tangan
- keutamaan kepada yang lebih tua

Adab menghidang makanan dan minuman mengikut syarak :
- mengelap pinggan mangkuk sebelum digunakan
- tidak menggunakan pinggan yang sumbing atau retak

Kelengkapan yang perlu disediakan :
- kain hamparan
- air pencuci tangan
- kain lap

Faedah menghidang makanan dengan cara yang betul :
- dirahmati Allah
- dihormati oleh tetamu
- mendapat kepercayaan daripada orang lain

Akibat menghidang makanan dengan cara yang tidak betul :
- dilaknati Allah
- hilang kepercayaan daripada orang lain
- dipanjang hina oleh masyarakat
- sentiasa merasa rugi



Uji Minda

Tajuk : Adab Menghidang Makanan dan Minuman


Latihan 1 :
Pilih dan tulis semula faedah dan akibat berkaitan adab menghidang makanan dan  minuman.


Mendapat Keredhaan Allah
Tidak disenangi tetamu
Mendapat imej buruk
Sentiasa bersih dan kemas
Disenangi tetamu
Tidak mendapat keberkatan

FAEDAH
AKIBAT
        







Latihan 2
Tuliskan nama pada gambar di bawah.


 

 



 





                           



PERSEDIAAN AWAL MENGAJAR






Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum memulakan pengajaran.  Antaranya ialah:



1.  Mengenal diri

Apabila kita menceburkan diri di dalam bidang perguruan, kita harus sedar siapa kita.  Kita sebagai seorang guru dan dalam kategori mana.  Dalam bahasa Arab, guru boleh diterjemahkan dengan berbagai istilah, seperti mudarris, mu`allim, murabbi, muaddib, dai`e, raais, nasih dan lain-lain



Mudarris bermaksud guru yang mengajar dan menyampaikan maklumat kepada orang lain.  Guru ini  boleh jadi orang Islam dan bukan Islam.  Kalau dia orang Islam, boleh jadi yang taat atau yang tidak taat.  Perkara yang diajar boleh jadi yang baik atau pun tidak baik.  Yang mengajar ilmu sihir pun mudarris, demikian juga yang mengajar ilmu salah atau ajaran sesat.  Semua mereka ini termasuk dalam kategori mudarris.  



Mu`allim ialah guru yang mengajar ilmu yang benar.  Surah al-Baqarah ayat 31 menerangkan penggunaan kalimah mu`allim yang membawa makna mengajar perkara yang benar.



Murabbi pula bermaksud mendidik.  Iaitu mendik dengan perasaan kasih dan sayang.  Walau pun perkataan ini digunakan juga untuk perkara lain, seperti memellihara binatang dan pokok, tetapi apabila dipakai kepada manusia ia bermaksud mendidik anak-anak didik dengan penuh perasaan kasih sayang.  Pemakaian ini disentuh di dalam surah al-Isra ayat 24, di mana Allah mengajar manusia supaya berdoa kepada Allah agar Allah mengasihi ibu bapa kita seperti mana mereka mendidik dan mengasihi kita semasa kita kecil dahulu. Dalam istilah ini terangkum juga di dalamnya menasihat dan membimbing.



Muaddib bermaksud mengajar adab.  Apa yang diajarkan kepada murid atau anak-anak, sama ada bentuknya ilmu, kisah, permaianan, maka semuanya itu menjurus kepada mendidik anak-anak supaya beradab.  Ilmu itu ialah adab, menuntut ilmu juga ialah adab, semasa menunutut ilmu kita perlu beradab, tanpa beradab ilmu menjadi tidak berkat.  Dengan itu, sebelum mengajar pengetahuan berkaitan, ajar dahulu cara-cara dan adab-adab belajar.



Dai`e bermakana orang yang mengajak orang lain berbuat kabajikan.  Ini maknanya guru bukan sahaja menyampaikan pelajaran, tetapi mengajar dan mengajak muridnya melakukan kebajikan dan meninggalkan kejahatan.  Dengan itu guru haruslah terdiri daripada orang yang melakukan kebajikan.



Raais bermaksud ketua atau pemimpin.  Di dalam sekolah guru adalah ketua.  Apa sahaja kata guru akan diikut oleh murid.  Ketua yang berwibawa haruslah mempunyai beberapa kriteria supaya sesuai dengan tugasnya sebagai guru dan ketua. Antaranya, ilmu, perwatakan, ketokohan, kewibawaan, akhlak, sikap dan penghayatan Islam.



Nasih dari segi bahasa ialah penasihat atau orang yang memberi nasihat.   Maksudnya di sini ialah kaunselor.  Jadi guru haruslah menyediakan masa untuk mendengar masalah murid dan seteruskan memberi cadangan, bimbingan dan nasihat.  Ia tidak terhad kepada hal-hal pelajaran sahaja, malah ia boleh juga mengenai hal-hal sikap, tujuan hidup, kerjaya dan sebagainya.



Sekarang, cuba renungkan Kita berada dalam ketegori mana?  Sepatutnya bukan satu.  Semua nilai-nilai itu ada pada setiap orang guru.  Dengan itu barulah pengajarannya memberi kesan yang baik,  bukan sahaja dalam aspek kognitif, malah dalam psikomor,  affektif dan perasaan.



2.  Menguasai Ilmu

Dalam hal ini ilmu boleh dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu Ilmu bidang, Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu alat.



Ilmu Bidang ialah ilmu yang kita dianggap  pakar dalam bidang berkenaan dan itulah ilmu yang kita ajarkan kepada orang lain.  Dinisbahkan kepada guru Agama, maka ilmu agama lah bidang kita.  Justeru guru agma mesti dalam pengetahuannya tentang agama serta permasalahannya dan mantap kefahamannya.  Jika guru sains, maka pengetahuan sainsnya mesti baik.  Demikianlah dengan pelajaran lain.  Sekirannya guru tidak menguasai bidangnya sendiri, ia  tidak dapat menyampaikan pengajarannya dengan baik dan berkesan serta tidak dapat menjawab persoalan yang dikemukan oleh murid kepadanya.



Ilmu Fardhu Ain bukan berksud hukum-hukum bersuci, solat, puasa, zakat dan haji.  Ini ialah Asas Fardhu Ain.  Fardhu Ain di sini bermksud ilmu tentang tanggungjawab setiap orang Islam, termasuk mengetahui haram halal dan sebagainya.  Seorang peniaga harus mengetahui apa perkara yang boleh diperniagakan dan apa yang dilarang oleh Islam.  Sebagai pegawai apa yang perlu ia lakukan terhadap pejabatnya dan orang yang di bawahnya.  Guru pun demikian juga.  Adakah mengajar sahaja atau ada kerja-kerja lain yang perlu dilakukan.  Jika tidak dilakukan seperti yang ditetapkan apa akibatnya.  Ini semua memerlukan ilmu agama khasnya yang bekaitan dengan amanah dan tanggungjawab.



Ilmu Alat  pula bermaksud ilmu yang perlu bagi menjalankan tugas dengan lebih sempurna.  Ini juga berdasarkan kepada bidang masing-masing.  Kerani misalnya memerlukan kemahiran menaip, simpan kira dan lain-lain.  Guru memerlukan ilmu yang berkaitan dengan pengajaran, iaitu psikologi, pedagogi, sosiologi, prinsip-prinsip pengajaran, perkaedahan, penilaian, kepimpinan, bahasa dan lain-lain.



3. Mengenal murid. Ini termasuklah mengenal nama murid dan anak siapa.  Adakah murid ini bermasalah sama ada dari segi kesihatan perangai dan lain-lain.   Mengetahui tahap umurnya, mengenal ibu bapa, sosioekonomi, dan tujuan murid itu dihantar ke sekolah. Adakah untuk belajar atau memenuhkan masa, atau untuk mendapat sesuatu sahaja, bukan semua pelajaran yang ditetapkan dan sebagainya.



4.  Mempunyai kepakaran pengurusan bilik darjah.  Di dalam bilik darjah terdapat murid-murid dan benda-benda lain seperti kerusi, meja, papan tulis gambar dan lain-lain.  Guru perlu tahu bagaiman hendak mengurus segala kelengkapan bilik darjah supaya sesuai dengan mata pelajaran yang diajar dan nampak ceria dan kondusif.  Bagaiman hendak mengawal kelas supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan berkesan.  Ini termasuklah kedudukan murid di dalam kelas.  Yang kecil, yang besar, yang degil, yang lemah, yang kurang pendengaran, yang kurang pengelihatan, dan lain-lain.

5.  Menguasai kemahiran starategi pengajaran.  Strategi pengajaran ada dua, iaitu Strategi Profesional dan Strategi Kasih Sayang.  Strategi profesionl termasuklah merancang, memilih tajuk, menyusun fakta, menyusun langkah-langkah pengajaran, pembinaan soalan dan sebagainya.  Manakala strategi kasih sayang ialah pendekatan sebagai ibu atau bapa kepada anak-anak.  Menolong, menasihat, bermesra dengan menggunakan bahasa isyarat dan body language setakat yang dibenarkan.










I made this widget at MyFlashFetish.com.