Laman Belajar

BAB 1 :  AKHLAK






Antara Adab-adab Murid Terhadap Gurunya




  •  Memberi hormat ketika guru masuk ke kelas dengan memberi salam kepada guru        kelas   anda. Jika guru terdahulu memberi salam hendaklah segera dijawab.
  • Tunjukkan muka yang manis ketika menyambut guru masuk ke bilik darjah anda.

  •  Perhatikan guru anda dengan tenang dan mula membuka buku untuk pelajaran hari itu jika diperintahkan oleh guru.

  •  Tumpukan perhatian ketika guru mengajar. Jika kurang faham bolehlah bertanya kepada guru anda dengan sopan.

  •  Catatkan apa yang disampaikan oleh guru jika dia menyuruh anda berbuat demikian.

  •  Jangan berkata-kata atau berbual dengan rakan-rakan ketika guru sedang mengajar.

  •  Tumpukan perhatian sepenuhnya ketika guru sedang memberi penerangan. Sematkan di hati anda apa yang diajarkan ketika itu.

  •  Ucapkan terima kasih kepada guru anda sebaik sahaja guru itu selesai mengajar.

Seorang murid harus peka dengan apa yang disampaikan oleh guru mereka, dengan cara ini anda akan dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran anda. Anda jangan menyalahkan guru anda jika anda kurang faham apa yang diajari oleh guru anda, sebaiknya anda harus banyak bertanya dari banyak merungut untuk mendapatkan kefahaman.

Jika anda ingin menjadi seorang murid / pelajar yang berjaya, anda harus berusaha sendiri untuk mencapai kejayaan itu, jangan cuma berharap pada guru sahaja. Guru hanya boleh mengajar untuk menyampaikan ilmu, sedangkan anda adalah seorang murid yang harus tahu membuat sesuatu untuk mencapai kejayaan itu.

Usaha anda untuk menjadi murid yang berjaya adalah lebih bererti dari hanya mendengar guru mengajar sedangkan anda tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkan pelajaran itu.

Kejayaan seorang pelajar itu bergantung kepada kegigihannya untuk mencapai kejayaan, tanpa mengharap pertolongan orang lain untuk menjayakan diri sendiri.

Seorang murid harus menghormati gurunya sebagaimana dia menghormati ibu bapanya juga. Rasa hormat kepada guru membuatkan anda dapat mengikuti pelajaran dengan baik dan sudah tentu lebih keberkatan ilmu yang anda pelajari itu. Di samping berusaha anda harus berdoa, agar segala usaha anda itu akan beroleh kejayaan cemerlang.

INGAT!!! Seorang pelajar itu adalah bakal pemimpin masa hadapan, oleh itu tidak ada sebab anda tidak mahu berusaha untuk terus mencapai kejayaan. Kerana mundur atau majunya sesebuah negara itu bergantung kepada para belia dan remajanya yang rajin berusaha untuk mencapai kejayaan.

Adab Dengan Guru

  1. Mendengar dan mematuhi arahan guru

  2. Melakukan semua kerja yang disuruh

  3. Tidak meninggi suara

  4. Mendoakan guru

  5. Memberi salam

     

    Adab Menziarahi orang Tua yang uzur.

    1.Bersabarlah dengan kerenahnya.

    2.Rendahkanlah nada suara ketika bertutur


    3.Kurangkan pertanyaan.


    4.Bantulah kerja-kerja hariannya.


    5.Tumpukan perhatian kepada tuturkatanya.


    6.Bawalah hadiah yang digemarinya.


    7.Hindari dari menyinggung perasaannya.


    8.Janganlah memaksa ia mengulangi perkataannya berkali-kali

Adab Menolong Ibu Bapa

 

 

Semasa Hidup

  • Memelihara harta benda mereka.

  • Bermanis muka.

  • Menjaga kesejahteraan mereka.

  • Tidak merungut.

  • Segera melakukan apa-apa yang disuruh.

  • Tidak membantah.

  • Bersopan.

  • Membantu dengan ikhlas.

 

Setelah Meninggal Dunia

  • Melaksanakan wasiat atau pesanan.

  • Bersedekah fatihah ke atas roh mereka.

  • Bersedekah dan meniatkan pahala diberikan padanya.

 

Faedah Menghormati Ibu bapa
  • Disayangi keluarga.

  • Menjadi anak soleh.

  • Mendapat keberkatan hidup.

  • Melahirkan masyarakat penyayang.

  • Ibu bapa kurang bebanan.

  • Mendapat rahmat daripada Allah.

***********************************************************************************

BAB 2 : AQIDAH

PERKARA  ASAS  FARDHU  AIN






RUKUN  ISLAM

Rukun Islam ada lima (5) perkara :
(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan zakat
(5) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)




RUKUN IMAN

Rukun Iman ada enam (6) perkara :
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar




BAB 3 : IBADAT


BERWUDUK



Pengertian wuduk

Wuduk menurut bahasa ertinya bersih dan indah.Menurut syarak ertinya membersihkan aggota wuduk untuk menghilangkan hadas kecil.Bagi orang yang hendak menunaikan solat wajiblah baginya berwuduk dahulu kerana berwuduk adalah syarat sahnya solat.

Fardu Wuduk

Fardu Wuduk ada enam perkara

Pertama : Niat.
Iaitulah berniat dalam hati ketika membasuh sebahagian muka.membaca lafaz adalah sunat.ucapan niat:


نويت رفع الحدث الاصغر لله تعالى
“ Sahaja aku berwuduk bagi mengangkat hadas yang kecil kerana Allah Taala”


Kedua : Membasuh muka
Iaitu membasuh dari sekeliling tempat tumbuhnya rambut kepala hinggga ke bawah dagu dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri.

Ketiga : Membasuh kedua tangan hingga kesiku dimulai dengan tangan kanan kemudian tangan kiri.

Keempat : Membasuh atau menyapu sebahagian dari kepala. Sekurang-kurangnya membasahkan 3 helai rambut dikepala.

Kelima : Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali dimulai dari kaki kaki kemudian kaki kiri.

Keenam : Tertib iaitu melakukan wuduk mengikut turutan dan berturut-turut.

SYARAT-SYARAT WUDUK


1. Beragama ilslam
2. Mumaiyiz iaitu seseorang yang telah dapat membezakan antara yang bersih dengan yang kotor.
3. Suci dari haid dan nifas
4. Dengan air yang suci lagi menyucikan
5. Tidak ada sesuatu yang dapat menghalang air sampai kekulit (anggota wuduk) seperti getah,minyak dan sebagainya.
6. Mengetahui yang mana wajib dan yang mana sunat


SUNAT-SUNAT WUDUK

1. Membaca Bismillah
2. Membasuh kedua tangan sehingga ke pergelangan tangan
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air kehidung
5. Menyapu seluruh kepala
6. Menyapu air kedua-dua telinga luar dan dalam
7. membasuh tiap-tiap anggota wuduk tiga kali
8. Tidak bercakap-cakap ketika berwuduk
9. Bersugi
10. Membaca doa selepas berwuduk


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK

1. Keluar sesuatu dari dua jalan iaitu qubul dan dubur seperti kentut,kencing dsbnya.
2. Hilang ingatan dengan sebab gila atau pitam atau tidur yang tidak tetap kedudukannya
3. Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrimnya.
4. menyentuh kemaluan dengan tapak tangan ataau perut anak jari.samada kemaluan sendiri atau orang lain.







TAYAMMUM

Tayammum ialah menyapu tanah dan kedua tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat tertentu .Tayammun adalah sebagai ganti wuduk atau mandi wajib khususnya bagi mereka yang tidak boleh menggunakan air kerana sebab-sebab tertentu iaitu:

1. Uzur kerana sakit yang tidak boleh terkena air
2. Tiada air atau ada air yang cukup untuk minum sahaja.

Syarat-syarat tayammum

1. Masuk waktu solat sedangkan air tidak ada,
2. Tidak ada air walaupun sudah berusaha mencarinya.
3. Tanah suci dan berdebu
4. Menghilangkan najis dari badannya dengan beristinja’ sebelum bertayammum.

Rukun Tayammum

1. Berniat untuk bertayammum

نويت التيمم لاستباحة فرض الصلاة
“ Sahaja aku tayammum kerana mengharuskan fardu solat”

2. Menekankan kedua tapak tangan ke atas bedu yang suci.
3. Menyapu muka dengan tebu tadi.
4. Menekan kedua tapak tangan ke atas debu sekali lagi kemudian menyapu dua tapak tangan sampai kesiku.
5. Tertib

Sunat Tayammum

1. Membaca Basmalah
2. Mengadap kiblat
3. Mendahului menyapu anggota kanan
4. Mengejakan dengan berturut-berturut

Perkara yang membatalkan Tayammum

1. Semua perkara yang membatalkan wuduk
2. Mendapatkan air sebelum memulakan solat(bagi orang yang tidak uzur)
3. Apabila orang yang uzur boleh menggunakan air.
BAB TAYAMUM


**********************************************************************************




BERSUCI  DARIPADA  NAJIS

Najis terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu :
1. Najis mughalazah
2. Najis mutawasitah
3. Najis muhaffafah
1.Najis mughalazah ialah :
Najis yang berat iaitu najis anjing dan babi.
2. Najis mutawasitah ialah :
Najis pertengahan (sederhana) selain daripada najis mughalazah dan muhaffafah.
3. Najis muhaffafah ialah :
Najis yang palng ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan benda-benda lain selain susu ibunya.




CARA MENYUCIKAN NAJIS
1. Najis Mughalazah
Buangkan ainnya terlebih dahulu. Basuh sekali dengan air tanah dan enam kali dengan air mutlak.
2. Najis Mutawasitah
Buangkan ainnya terlebih dahulu, basuh dengan air mutlak hingga hilang bau, rasa dan warna.
3. Najis Muhafafah
Lap air kencing kanak-kanaktersebut dan renjiskan dengan air mutlak tempat yang terkena najis.

  1. BAB 4 : SOLAT





  2. ERTI SOLAT
    Solat ialah ibadat yang terdiri dari perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir ( Allahu Akbar) dan diakhiri dengan salam (Assalamualaikum)


    KEDUDUKAN SOLAT DALAM ISLAM



    Solat dalam islam adalah menepati kedudukan yang tidak dapat ditandingi oleh amal ibadat yang lain . Ia merupakan tiang agama di mana ia tidak dapat tegak kecuali dengannya. Dalam hal ini Rasulullah r bersabda :
      رأس الامر الاسلام ، وعموده الصلاة وذروة سنامه الجهاد في سبيل الله.
    Pokok urusan ialah islam , sedangkan tiangnya ialah solat dan puncaknya adalah berjuang di jalan Allah.”
     
    Disamping itu solat juga merupakan tiang agama dari semua amal perbuatan lainya, dan juga merupakan salah satu amalan yang pertama sekali dihisab . sebagaimana hadis Rasulullah r :
     
    أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ عَلَيْهِ العَبْدَ يَوْمَ القِيَامَةِ الصَّلاَةَ ، فَإِنْ صَلُحَتْ صَلُحَ سَائِرِ عَمَلِهْ ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ . (رواه الطبراني)
     
    “Amalan yang mula-mula dihisab ( diperhitumgkan ) dari seorang hamba pada hari kiamat ialah solat . Jika solatnya baik , maka baiklah seluruh amalanya sebaliknya jika buruk solatnya ,maka buruklah pula seluruh amalannya .”


    TEMPAT-TEMPAT YANG DILARANG SOLAT



    Kawasan perkuburan.
    Gereja dan Candi/Biara.
    Tempat-tempat pembuangan kotoran binatang.
    Tempat penyembelihan binatang .
    Tengah-tengah jalanraya.
    Tempat perteduhan binatang .
    Tempat pemandian umum.
    Atas atap kaabah.

    SYARAT-SYARAT SOLAT


     
    1. Beragama Islam
    2. Baligh
    3. Suci dari hadas
    4. Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat.
    5. Menutup aurat. Aurat bagi wanita,seluruh tubuhnya kecualai muka dan kedua tapak tangannya. Sedangkan aurat bagi laki-laki ialah antara pusat dan lutut.
    6. Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan.
    7. Menghadap kearah kiblat
    8. Mengetahui mana yang termasuk rukun dan mana yang sunat.

    RUKUN-RUKUN SOLAT



    1. Niat
    2. Takbiratul Ihram
    3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
    4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
    5. Rukuk dengan toma`ninah.
    6. I`tidal dengan toma`ninah
    7. Sujud dua kali dengan toma`ninah
    8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
    9. Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
    10. Membaca tasyahud akhir
    11. Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
    12. Membaca salam yang pertama
    13. Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut. 


    PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT



    1. Jika salah satu syarat rukunnya tidak dikerjakan atau sengaja ditinggalkan
    2. Terkena najis yang tidak dapat dimaafkan .
    3. Bekata-kata dengan tidak sengaja walaupun dengan satu huruf yang ada pengertian
    4. Terbuka auratnya
    5. Makan minum walaupun hanya sedikit
    6. Mengubah niat, misalnya ingin memutuskan solat
    7. Bergerak berturut-turut tiga kali seperti melangkah atau berjalan
    8. Membelakangi kiblat
    9. Menambah rukun yang berupa perbuatan seperti rukuk dan sujud.
    10. Tertawa terbahak-bahak
    11. Mendahului imamnya.
    12. Murtad ( terkeluar dari agama islam).

    BERDIRI TEGAK MENGADAP KE ARAH KIBLAT



    Berdiri tegak mengadap kiblat kemudian hendaklah bersedia untuk niat semasa Takbiratulihram .
    Misalnya solat yang akan di kerjakan  subuh , maka niatnya itu solat subuh (Lafaz niat akan di sebut dalam bab takbiratulihram). Begitulah seterusnya .



    NIAT



    Lafaz-lafaz niat sembahyang fardhu adalah seperti berikut :
    i) Niat solat subuh
    أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
    “Sahaja aku sembahyang  fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam ) kerana Allah Taala.”

    ii) Niat Solat Zuhur
    أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
    “Sahaja aku sembahyang  fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala,
    Allahu akbar.”
    iii) Niat Solat Asar
    أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
    “Sahaja aku sembahyang  fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

    iv) Niat solat Maghrib
    أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
    “Sahaja aku sembahyang  fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah taala,
    Allah Akbar.”
    v) Niat Solat Isya`
    أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
    “Sahaja aku sembahyang  fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah taala ,
    Allah Akbar”.

    TAKBIRATUL IHRAM



    Selepas kita berdiri tegak sambil mengadap ke arah kiblat, maka mulailah kita sekarang melakukan  takbir, yakni dengan mengangkat kedua tangan separas bahu dengan jari-jari terbuka agak rapat antara satu sama lain kecuali ibu jari berdampingan dengan telinga dihadapkan kearah kiblat sambil mengucapkan ALLAHU AKBAR ( Allah maha besar) yang disertakan dengan niat. Niat ini adalah perbuatan hati . Adapun bagi orang perempuan hendaklah ianya tidak diangkat terlalu tinggi ( sebagaimana dlm gambarajah). 




    Takbir permulaan ini di namakan TAKBIRATUL IHRAM sedangkan takbir-takbir yang lain TAKBIR INTIQAL = takbir untuk perpindahan dari satu gerakan  ke satu gerakan solat yang lain dan takbir ini sebagai pemberitahuan . Dalam keadaan yang seperti ini kita harus menundukkan muka ke arah sajadah (tempat sujud).


    TANGAN BERSEDAKAP



    Selepas kita melakukan takbiratul ihram, kedua belah tangan disedekapkan, iaitu tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri, antara pergelangan tangan kiri .  Dalam keadaan yang demikian kita membaca doa iftitah (doa pembukaan).





    BACAAN DOA IFTITAH



    اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.
    “Allah maha beasr lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”


    MEMBACA SURAH AL-FATIHAH



    Selepas membaca doa Iftitah diteruskan dengan membaca surah al-Fatihah, iaitu :
     
    بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ( 1 )
    الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ( 2 ) الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ( 3 )
    مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ( 4 )
    إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ( 5 )
    اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ ( 6 )
    صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ( 7 )

     

    MEMBACA SURAH-SURAH YANG PENDEK



    Selepas membaca surah al-fatihah, di teruskan dengan membaca surah-surah Al-Quran yang pendek bagi solat berjemaah dan bagi yang solat sendirian disunatkan membaca surah-surah yang panjang . Adapun surah –surah yang dibaca sesudah al-fatihah itu ialah antara lain :
     
    بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
    قُلْ يَاأَيُّهَا الْكَافِرُونَ ( 1 ) لاَ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ ( 2 )
    وَلاَ أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ ( 3 )
    وَلاَ أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ ( 4 )
    وَلاَ أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ ( 5 )
    لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ ( 6 )
     


    RUKUK



    Setelah selesai membaca surah-surah yang pendek , kemudian lakukan rukuk iaitu dengan mengangkat tangan setinggi telinga sambil membaca ALLAAHUAKBAR, kemudian diteruskan dengan badannya membongkok, tangannya memegang lutut dan ditekankan supaya antara punggung dan kepala rata. Sedangkan mata tetap memandang kearah sejadah.(tempat sujud)
    Dalam keadaan rukuk ini kita hendaklah membaca tasbih sebanyak tiga kali iaitu:
    سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ




    I'TIDAL



    Sesudah selesai melakukan rukuk di teruskan dengan I`tidal iaitu bangkit berdiri tegak dengan mengangkat kedua tangan sampai ke telinga dengan jari-jari terbuka seperti ketika TAKBIRATULIHRAM seraya membaca TASMI’ iaitu
    سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه



    SUJUD




    Selepas kita melakukan I`tidal serta selesai membaca bacaan-bacaanya , kemudian kita melakukan sujud , iaitu dengan mengucapkan takbir intiqal : ALLAAHU AKBAR sambil meletakkan dahi dan hidung ke lantai . Mula-mula kedua lutut dijatuhkan ke lantai disusul kedua tapak tangan terbuka kemudian diikuti dahi dan hidung juga di lantai sementara letak kedua tangan direnggangkan bagi lelaki dan dirapatkan bagi perempuan.



    Hendakhlah membaca di dalam sujud ini sebanyak tiga kali tasbih yang berikut :
    سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ



    DUDUK ANTARA 2 SUJUD


    Setelah sujud , kita mengangkat kepala sambil mengucapkan takbir intiqal ALLAAHU AKBAR, kemudian terus duduk dengan tenang . Duduk ini dinamakan duduk antara dua sujud , sebab masih ada duduk yang lain lagi.
    Ketika duduk sebegini , kedua tapak tangan berada di atas lutut sambil memegang hujung bahagian lutut seolah-olah mengengamnya. Duduk antara dua sujud ini dinamakan duduk IFTIRASY , kerana tapak kaki yang kiri diduduki, tapak kaki yang kanan ditegakkan di atas lantai sementara hujung jarikaki mengadap kearah kiblat (duduk bersimpuh).




    Ketika duduk seperti ini kita membaca :-
    رَبِ ّاِغْفِرْلِيِِْ وَارْحَمْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ
    وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ

    Ya Allah ! ampunilah dosaku , belas kasihanilah aku , dan angkatlah darjatku dan cukuplah segala kekuranganku dan berilah rezeki kepadaku , dan berilah aku petunjuk dan sejahterakanlah aku dan berilah keampunan padaku..”  


    SUJUD KEDUA


    Setelah kita duduk antara dua sujud , kita sujud yang kedua kalinya seperti sujud yang pertama dengan mengucapkan takbir intiqal “ALLAHUAKBAR” membaca tasbih seperti pada sujud yang pertama.

    Sampai pada sujud kedua ini , kita telah mendapat satu rakaat .

    Jadi yang disebut satu rakaat ini terdiri dari :
    1. Berdiri dengan tangan bersedekap di dada.
    2. Rukuk.
    3. I'tidal
    4. Sujud
    5. Duduj di antara dua sujud, dan
    6. Sujud Kedua


    DUDUK TASYAHHUD AWAL



    Dalam solat fardhu yang mempunyai jumlah rakaatnya tiga atau empat , maka dalam rakaat kedua kita duduk untuk membaca tasyahhud / tahiyyat awal. Ketika duduk tasyahhud awal ini telapak kaki kiri diduduki, sedangkan kaki kanan ditegakkan.




    Disebut tasyahhud kerana pada bacaan tahiyyat ada dua kalimat syahadat, , manakala disebut tahiyyat kerana dimulai dengan kata-kata ATTAHIYYATU, yang beerti penghormatan . Tasyahhud ada dua jenis , iaitu tasyahhud awal dan tasyahhud akhir.
    التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد  .


    TASYAHHUD AKHIR



    Tasyahhud akhir dilakukan ketika duduk tasyahhud akhir (penghabisan) . Duduk tasyahhud akhir ini berlaku pada rakaat yang ketiga ( untuk solat maghrib) atau rakaat ke empat pada solat zuhur , asar dan isyak  dan rakaat kedua untuk sembahyang subuh.
    Ketika duduk tasyahhud akhir ini punggung didudukkan di atas lantai , kaki kiri dimasukkan ke bawah kaki kanan dan kaki kanan ditegakkan .



    Adapun bacaan tasyahhud / tahiyyat akhir ialah seperti berikut :
    التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
    Selepas itu disambung dengan membaca doa di bawah ini:
    اَلْلَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا وَالمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ المَسِيْحِ الدَجَّالِ. يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قُلُوْبَنَا عَلَى دِيْنِكَ وَعَلَى طَاعَتِكَ .



    SALAM



    Setelah selesai membaca tahiyyat akhir, kemudian kita memberi salam , iaitu dengan memalingkan kepala ke kanan sehingga ke pipi kanan nampak seluruhnya dari arah belakang sambil mengucapkan kata salam, iaitu :
    اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله


    Selanjutnya di susuli dengan salam kedua iaitu menoleh ke kiri, sehingga pipi yang kiri juga kelihatan jelas dari arah belakang sampai mengucapkan salam:
    اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله


    DOA QUNUT




    Sekiranya kita melakukan solat SUBUH maka ianya disunatkan membaca doa qunut selepas bangkit dari ruku` pada rakaat yang kedua.




    اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيْمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَاْفِنِي فِيْمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، فَإِنَّكَ تَقْضِيْ وَلاَ يُقْضَىعَلَيْكَ ، فَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ، وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّناَ وَتعَالَيْتَ , فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ عَلَى مَا قَضَيْتَ , فَنَسْتَغْفِرُكَ وَنَتُوْبُ إِلَيْكَ , وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم

    ***********************************************************************************



Tiada ulasan:

Catat Ulasan


I made this widget at MyFlashFetish.com.